Friday, 7 October 2011

PEMBELAJARAN MATEMATIK

MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK
Guru-guru matematik sebagai golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar matematik berdepan dengan pelbagai masalah pengajaran matematik yang berbeza mengikut tahap murid. Murid sekolah rendah tahun 1 dan 2 yang baru mengenal alam persekolahan pun mempunyai masalah yang tersendiri. Apakah di antara masalah-masalah mereka? Jika hendak di senaraikan, banyak juga masalahnya. Jika anda seorang guru matematik, anda lebih mengetahuinya bukan? Namun, daripada pandangan orang luar, mengajar murid sekolah rendah iaitu tahun 1 dan tahun 2 nampak mudah. Hakikatnya, ia tidaklah semudah yang disangka.

Masalah #1: 
Pada peringkat usia 7 dan 8 tahun, murid-murid ini bukannya boleh berdikari untuk belajar. Semuanya perlu diarahkan. Mungkin kerana didikan tidak formal di rumah oleh ibu bapa, menjadikan mereka amat memerlukan perhatian secara individu sebagaimana di rumah. Jika dilayan secara individu, mereka sebenarnya lebih pantas dalam pembelajaran.
Apa lagi masalah yang biasanya dapat anda lihat semasa mencuba mengajar matematik kepada anak-anak di rumah?

Masalah #2: 
Ya, mereka susah benar memberikan fokus dalam perkara yang di ajar. Menyebut tentang fokus terhadap pembelajaran matematik ini, boleh dikatakan fokus murid-murid perempuan lebih lama berbanding murid laki-laki. Kanak-kanak atapun murid perempuan nampak lebih senang duduk diam dalam menyiapkan kerja. Kanak-kanak atau murid lelaki pula, pantang nampak kawan, mereka akan terdorong untuk saling mengajak untuk bermain. Itulah yang mereka paling suka! Itulah alam mereka!
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran matematik, jika kawalan guru terhadap kelas tidak baik, murid-murid ini akan terus leka dan tidak banyak belajar di dalam kelas. Tidak mustahil juga, mungkin akan ada yang langsung tidak faham konsep-konsep matematik yang diajar oleh guru walaupun hanya konsep-konsep nombor yang asas! Mereka juga akan gagal menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang asas - tambah, tolak darab dan bahagi. Oleh kerana masalah ini tidak ditangani dan kelemahan tidak diperbaiki dari perignkat awal, maka ia berterusan sehinggalah murid itu masuk ke Tahun 2. Tidak faham dan tidak faham memanjang akan memadamkan motivasi belajar dan akhirnya menjadikan murid bosan untuk belajar matematik! Bagaimana mungkin generasi 'pandai matematik' dapat dilahirkan jika beginilah keadaannya.

Masalah #3:  
 Seterusnya, guru matematik juga berdepan dengan masalah tiadanya minat untuk mempelajari matematik dalam kalangan murid-murid sekolah. Masalah ini mungkin adalah masalah yang diwarisi! Masalah tidak minat atau kurang minat ini seterusnya membawa kepada masalah yang kedua iaitu murid-murid gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam matematik. Nah! Hal inilah yang menyebabkan adanya murid tahun 5 dan 6 yang markahnya corot-corot belaka dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)!. Tidakkah pihak sekolah berasa malu jika keputusan matematik UPSR sekolah di tahap yang corot? Tidakkah guru matematik merasa tertekan mendapat murid yang sedemikian?

No comments:

Post a Comment